just a little thing

i have been wanting to write this for so long but i don’t know how to start. for my followers who have come to this post, i am sorry that this story is written in my language. it is because that i want my people to understand how stress someone is when he or she became a thief or criminal.
beberapa hari yang lepas, saya menonton satu rancangan jenayah di kaca television tempatan. rancangan amat terkenal dengan hasil penangkapan di kelab malam, atau penangkapan khalwat. saya tertarik dengan satu kes dimana 3 orang budak bawah umur dipercayai ditinggalkan oleh ayahnya di surau sementara dia bekerja sehingga malam.mereka dikatakan sudah tidak lagi bersekolah akibat kesempitan wang dan ayahnya baru sahaja diberhentikan kerja. menurut rekod, ayah mereka didapati mempunyai kesalahan mencuri atau ragut. pihak tv mengatakan, sehingga tarikh rancangan, budak-budak tersebut masih belum dituntut.

apa yang menariknya ialah bukan saya suka tengok orang susah tapi cerita yang mungkin terjadi dalam hidup ayah itu serta anak-anaknya yang mungkin menyebabkan ayah dia terpaksa mencuri atau meragut. jika ayah tersebut sebelum ini rekod bersih, tetapi dia mencuri setelah dibuang kerja serta ditinggalkan isteri, terpaksa menyara tiga orang anak, bagi saya, dia sedang tertekan. tertekan untuk memberi sesuap nasi pada anak-anaknya, tertekan akan keadaan hidupnya yang semakin tidak baik.

bagi saya, apa yang dilakukan oleh pihak yang terlibat, dengan membawa anak-anaknya ke tempat lain menambahkan lagi tekanan. pertama, dia risau jika dia pergi berjumpa dengan anak-anaknya, dia akan didakwa atau ditangkap dengan kes curi atau ragut. bila didakwa, dia tidak akan dapat bersama anaknya lagi. kedua, dia mungkin ingat anaknya hilang sekiranya dia tidak tahu akan mengapa anak dia sudah tidak disurau. bagi saya, saya kasihan akan ayah ini.

apa yang cuba katakan, tekanan hidup sekarang menyumbang kepada pelbagai jenayah. walaupun niat tidak menghalalkan cara tapi tanpa didikan yang betul,  serta tekanan yang melampau, mencuri menrupakan satu-satunya cara yang pesalah nampak untuk mendapatkan makanan. mengikut islam, sekiranya dia mencuri disebabkan tidak mempunyai wang untuk makan, pendakwa serta orang lain wajib membayar sejumlah wang kepada pencuri tersebut. ini adalah kerana tanggungjawab kita untuk memastikan tidak orang di sekeliling kita, setempat dengan kita, tidak mendapat makanan.

zaman sekarang ni, dengan tekanan duit, kerja, kita dinasihatkan untuk sentiasa berbuat baik, jangan sesekali menyakitkan hati orang di tempat awam, jangan menegur dengan kasar, jangan sebab kita tak tahu masalah apa yang orang lain lalui dan kita mungkin menjadi tempat dia melepaskan geram.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s